JUN 20,2017 -KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Kementerian Kesihatan mensasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 dan kepada kurang lima peratus pada 2045, sejajar dengan sasaran menjadikan negara bebas asap rokok.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, pihaknya telah menggiatkan usaha pemerkasaan dan promosi kesihatan secara menyeluruh bagi membantu golongan perokok menghentikan tabiat tidak sihat itu.
"Saya harap rakyat ambil mesej ini secara serius dan kukuh dlm pendirian dalam bekerjasama untuk lahirkan negara yang bebas perokok," katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2017 di sini, pada Selasa.
MAC 29, 2017 - KANGAR: Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan rokok adalah haram namun masih ada umat Islam merokok dalam kawasan masjid.
Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kesal dengan perbuatan itu, menasihatkan umat Islam supaya menghentikan tabiat buruk itu selain merokok memberi kesan buruk terhadap kesihatan.
Beliau berkata kawasan ibadat seharusnya sentiasa dalam keadaan bersih dan melambangkan nilai yang diunjurkan oleh Islam dan wajib diamalkan oleh penganutnya.
Mohd Asri turut melahirkan rasa kesalnya terhadap suami yang memarahi isteri mereka hanya kerana dinasihatkan berhenti merokok.
FEBRUARI 26, 2017 - KUALA LUMPUR: Perhatian para perokok sekalian!
Anda diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk membiasakan diri tidak merokok di taman-taman awam dan tempat-tempat rekreasi.
Ini kerana bermula 1 Jun 2017, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya didapati melanggar larangan tersebut selaras pewartaannya sebagai kawasan larangan merokok di bawah peraturan 11(w) dan 11(x) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan Peraturan 2017).
Kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, sehingga tarikh itu penguatkuasaan pendidikan akan dijalankan untuk menyedarkan serta mengingatkan pengunjung taman awam kepada peraturan tersebut.
“Kita beri tempoh masa untuk orang awam membiasakan dengan peraturan yang baru ini.
“Kita beri tempoh masa untuk orang awam membiasakan dengan peraturan yang baru ini.
Taman awam termasuk taman-taman negara diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pada 1 Februari lepas, menyusuli larangan yang ditetapkan di tempat-tempat awam seperti bangunan pejabat kerajaan dan pusat beli-belah serta tempat-tempat berhawa dingin.
FEBRUARI 21,2017 - KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menggunakan sepenuhnya saluran komunikasi termasuk media sosial, papan iklan, poster, risalah serta papan iklan elektronik bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap bahaya merokok.
Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Wahap Abang Julai berkata langkah tersebut sempena kempen antimerokok yang sedang dijalankan termasuk mewujudkan lebih banyak kawasan tanpa rokok di kawasan awam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita hari ini selepas melawat Taman Budaya di sini yang telah diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok.
Menurutnya, mulai 1 Januari lepas, semua premis perniagaan di bawah DBKU diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok.
Di bawah pelan lima tahun 'Kuching: Bandar Raya Bersih, Indah dan Selamat', katanya, pihaknya turut mengadakan kempen di sekolah-sekolah dalam usaha melahirkan generasi baharu yang bebas tembakau.

No comments:
Post a Comment