Saturday, 8 July 2017

TIPS MEMBERHENTI MEROKOK



BERITA TERKINI

JUN 20,2017 -KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Kementerian Kesihatan mensasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 dan kepada kurang lima peratus pada 2045, sejajar dengan sasaran menjadikan negara bebas asap rokok.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, pihaknya telah menggiatkan usaha pemerkasaan dan promosi kesihatan secara menyeluruh bagi membantu golongan perokok menghentikan tabiat tidak sihat itu.
Katanya kerajaan melakukan pelbagai inisiatif seperti menaikkan cukai eksais rokok, meletakkan amaran kesihatan bergambar pada kotak rokok dan larangan merokok di hampir kesemua tempat awam untuk memerangi tabiat buruk itu .
"Saya harap rakyat ambil mesej ini secara serius dan kukuh dlm pendirian dalam bekerjasama untuk lahirkan negara yang bebas perokok," katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2017 di sini, pada Selasa.


Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada setiap 31 Mei di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam isu produk tembakau yang memudaratkan kesihatan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2015 menunjukkan bahawa 22.8 peratus yang bersamaan lima juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok, dengan majoritinya adalah lelaki iaitu 43 peratus merupakan kumpulan masih produktif dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.




MAC 29, 2017 - KANGAR: Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan rokok adalah haram namun masih ada umat Islam merokok dalam kawasan masjid.

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kesal dengan perbuatan itu, menasihatkan umat Islam supaya menghentikan tabiat buruk itu selain merokok memberi kesan buruk terhadap kesihatan.


"Mereka bukan sahaja membuang puntung rokok merata-rata dan mengotorkan kawasan masjid malah tidak sedar benda yang diputuskan haram tidak boleh dibawa ke dalam masjid," katanya dalam ceramah maghrib mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Beliau berkata kawasan ibadat seharusnya sentiasa dalam keadaan bersih dan melambangkan nilai yang diunjurkan oleh Islam dan wajib diamalkan oleh penganutnya.

Mohd Asri turut melahirkan rasa kesalnya terhadap suami yang memarahi isteri mereka hanya kerana dinasihatkan berhenti merokok.


Pada 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengeluarkan fatwa merokok adalah haram kerana terdapat kemudaratan.




FEBRUARI 26, 2017 - KUALA LUMPUR: Perhatian para perokok sekalian!
Anda diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk membiasakan diri tidak merokok di taman-taman awam dan tempat-tempat rekreasi.

Ini kerana bermula 1 Jun 2017, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya didapati melanggar larangan tersebut selaras pewartaannya sebagai kawasan larangan merokok di bawah peraturan 11(w) dan 11(x) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan Peraturan 2017).

Kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, sehingga tarikh itu penguatkuasaan pendidikan akan dijalankan untuk menyedarkan serta mengingatkan pengunjung taman awam kepada peraturan tersebut.

“Kita beri tempoh masa untuk orang awam membiasakan dengan peraturan yang baru ini.

“Dalam tempoh tersebut kita akan mendidik orang awam dengan memberi risalah, dan kalau kita jumpa orang merokok dalam kawasan taman awam, mereka tidak akan dikompaun tetapi akan diberi notis bertulis nasihat untuk tidak ulang kesalahan tersebut,” katanya.

Beliau hadir untuk bersama 68 pegawai penguatkuasa kesihatan persekitaran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan penguatkuasaan pendidikan di taman awam sebagai tempat larangan merokok di Taman Botani Perdana di sini hari ini.

Maklum beliau, setakat 15 November, 47 notis peringatan telah dikeluarkan sepanjang penguatkuasaan di 348 lokasi.

Dianggarkan terdapat kira-kira 1,280 taman awam di seluruh negara dan penguatkuasaannya akan diperluas secara berperingkat dari masa ke masa.

Kata Dr Lokman, selepas tarikh tersebut kompaun sehingga RM5,000 boleh dikenakan dan penalti RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika disabit bersalah.

“Taman-taman rekreasi ini dihadiri oleh semua peringkat umur, orang dewasa dan kanak-kanak. Jadi kita tidak mahu kanak-kanak didedahkan kepada budaya yang tidak elok ini dan juga terdedah kepada asap rokok yang membahayakan,” tegasnya.

Taman awam termasuk taman-taman negara diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pada 1 Februari lepas, menyusuli larangan yang ditetapkan di tempat-tempat awam seperti bangunan pejabat kerajaan dan pusat beli-belah serta tempat-tempat berhawa dingin.

Pada masa sama, Dr Lokman turut mengharap kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya mendapati ada individu tidak bertanggungjawab melanggar peraturan yang telah ditetapkan itu.

“Kita ada lebih daripada 4,000 pegawai penguatkuasa di seluruh negara dan mereka setiap hari membuat rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan terlibat.

“Memandangkan kebanyakan taman awam tidak ada pengawal keselamatan seperti di bangunan pejabat kerajaan dan pusat beli-belah, kita harapkan makluman orang ramai membantu dalam penguatkuasaan undang-undang ini,” katanya.




FEBRUARI 21,2017 - KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menggunakan sepenuhnya saluran komunikasi termasuk media sosial, papan iklan, poster, risalah serta papan iklan elektronik bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap bahaya merokok.


Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Wahap Abang Julai berkata langkah tersebut sempena kempen antimerokok yang sedang dijalankan termasuk mewujudkan lebih banyak kawasan tanpa rokok di kawasan awam.

"Kami akan bekerjasama dengan jabatan kesihatan dan agensi berkaitan dalam menguatkuasakan perintah larangan merokok di kawasan yang telah diwartakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita hari ini selepas melawat Taman Budaya di sini yang telah diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok.

Menurutnya, mulai 1 Januari lepas, semua premis perniagaan di bawah DBKU diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok.

Di bawah pelan lima tahun 'Kuching: Bandar Raya Bersih, Indah dan Selamat', katanya, pihaknya turut mengadakan kempen di sekolah-sekolah dalam usaha melahirkan generasi baharu yang bebas tembakau.

Wednesday, 5 July 2017

KESAN MEROKOK

 Selaput bawah mata dan katarak mata


-Katarak adalah sejenis kerusakan mata yang menyebabkan lensa mata berselaput dan rabun. Lensa mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya, bervariasi sesuai tingkatannya dari sedikit sampai keburaman total dan menghalangi jalan cahaya. Semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan mata terkena katarak. Hati-hati, kawan, katarak boleh menyebabkan buta.

Kulit bersisik
-Kulit bersisik boleh menimpa sesiapa sahaja termasuk yang tidak merokok. Tetapi resiko kulit bersisik amat tinggi bagi perokok. Menurut sebuah kajian tahun 2007, jika anda mengisap satu bungkus rokok sehari selama 10 tahun atau kurang, risiko kulit bersisik meningkat 20%, 11-20 tahun risiko anda adalah 60% lebih tinggi, dan bagi mereka yang merokok lebih dari 20 tahun resiko meningkat 50 %,(malah kesan merokok semasa hamil atau masa kanak-kanak dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi.)

Penuaan awal dan berkedut

-Pakar sepakat bahawa merokok mempercepat proses penuaan, sehingga perokok kelihatan 1,4 tahun lebih tua daripada kebanyakan bukan perokok. Mengapa wajah berkedut? Merokok menghimpit kumpulan darah yang menjadikan jaringan kulit kelihatan kenyal.

Rambut tipis

-Selain kulit berkedut merokok juga merosakkan rambut anda . Menurut para pakar, kimia beracun dalam asap dapat merosakkan DNA pada folikel rambut dan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel. Perokok memiliki rambut nipis yang cenderung gugur dan lebih cepat botak dari yang bukan perokok. Menurut kajian di Taiwan tahun 2007 , lelaki perokok dua kali lebih cepat botak dari bukan perokok, disamping faktor genetik.

Gigi rosak

-Merokok menempatkan anda pada risiko yang lebih besar untuk semua jenis masalah gigi, termasuk kanser mulut dan penyakit gusi. Malah, menurut satu kajian di England tahun 2005 dalam Journal of Clinical Periodontology, perokok beresiko sehingga enam kali lebih besar dibanding bukan perokok untuk penyakit gusi, yang akan mengakibatkan hilangnya gigi.





PENGENALAN ROKOK

Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara). Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Merokok ialah aktiviti seseorang yang menggunakan sebatang rokok.

Bahan-bahan dalam rokok

Bahan-bahan yang terkandung dalam asap rokok ialah: 2 kali lebih banyak nikotin, 5 kali lebih banyak karbon monoksida, 3 kali lebih banyak tar dan 50 kali lebih banyak bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan.



PENGHARGAAN

   Bersyukur kami dengan limpah kurnianya kami dapat juga menyiapkan tugasan berkumpulan yg diamanahkan kepada kami.Tugasan yang diberikan oleh Ustaz Ibrahim iaitu pensyarah matapelajaran "Komunikasi dan Penyiaran Islam DUA 6022".Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat , rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

   Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kami "Komunikasi dan Penyiaran Islam DUA 6022" kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan tuugasan ini.Jasa beliau akan kami kenang sehingga ke akhir hayat

Sekian dari kami.....

PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T






Blog ini dicipta untuk memenuhi salah satu silibus dalam Kursus Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam. Ia adalah subjek yang perlu diambil oleh semua pelajar semester 5. Dalam projek ini, kami dikehendaki memilih satu tajuk dan membuat kajian melalui tajuk yang telah dipilih.

Cabaran komunikasi dan penyiaran dalam islam akan dibincangkan dan dikupas oleh para pelajar melalui tajuk-tajuk yang berbeza bagi setiap kumpulan.

Kami, pelajar-pelajar Diploma Hotel Dan Katering telah bersepakat untuk mencipta satu blog yang bertajuk JOM BERHENTI MEROKOK.

Selamat datang, semoga entri ini memberi manfaat kepada semua pembaca.
Terima Kasih :)

Ahli kumpulan:
-MUHAMMAD AZEEM BIN IBRAHIM
-MUHAMMAD SYAHID AFIQ BIN JAMLUS
-MUHAMMAD FARHAN HANIF BIN MD.FARID
-MOHAMED DANIEL FIRDAUS BIN MD.ISA